Saturday, July 14, 2012

Projek Sivik Tahun 6

Murid-murid Tahun 6 telah diminta untuk mengumpul dan membentangkan maklumat tentang kerosakan harta sekolah, punca-punca dan cara mengatasinya. Berikut ialah gambar-gambar yang ditangkap semasa perbincangan, pengumpulan data dan pembentangan dijalankan.


























Tuesday, June 12, 2012

Minit Mesyuarat Panitia PSK 2/2012

SJK(C) YOKE HUA AIR MAWANG

73100 JOHOL, NEGERI SEMBILAN

MINIT MESYUARAT PANITIA

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN BIL 2/2012

Tarikh : 5 APRIL 2011 (KHAMIS)

Masa : 2.30 PETANG

Tempat : PERPUSTAKAAN SEKOLAH

Kehadiran : 1. CIK LOW KIM CHING

2. CIK KONG JIA YING (guru ganti)

Tidak Hadir : PUAN TONG BOON LIN (hadir mesyuarat lain)

AGENDA MESYUARAT

1. Ucapan Aluan Pengerusi

2. Pengesahan Minit Mesyurat yang Lalu

3. Perkara Berbangkit

4. Pelaksanaan Projek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

5. Hal-hal Lain

1.0 Ucapan Aluan Pengerusi (pengerusi tidak hadir)

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat

2.1 Minit Mesyuarat Kali Pertama 2012 disahkan oleh Cik Kong Jia Ying.

2.2 Pengesahan disokong oleh Cik Low Kim Ching.

3.0 Perkara Berbangkit

3.1 Guru-guru Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan diingatkan untuk melaksanakan projek bagi kelas masing-masing sebelum Ujian Bulan Mei. Peratusan markah adalah seperti berikut:

Ujian Bertulis : 80 markah

Ujian Amali : 20 markah (projek)

Tindakan: semua guru Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

3.2 Penolakan markah akan dikenakan atas kesilapan tulisan / ejaan murid dalam ujian bertulis, iaitu 0.5 markah bagi satu kesilapan.

Tindakan: semua guru Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

4.0 Pelaksanaan Projek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

4.1 Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan akan menjalankan projek “Pengenalan kepada Permainan Tradisional”. Guru Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan guru yang bertugas ko-kurikulum pada hari tersebut akan terlibat dengan projek ini. Permainan tradisional ini akan berjalan dari pukul 1.30p.m. hingga 3.30p.m. pada tarikh yang ditetapkan. Jadual bertugas dan tarikh program akan ditetapkan oleh ketua panitia.

Tindakan: ketua panitia dan guru-guru Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

5.0 Hal-Hal Lain (tiada)

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang.

Disediakan oleh, Disemakkan oleh,

____________________________ ____________________________

(Cik LOW KIM CHING) (Puan TONG BOON LIN)

Ketua Panitia PSK Pengerusi Panitia PSK

SJK(C) YOKE HUA AIR MAWANG SJK(C) YOKE HUA AIR MAWANG

Surat Panggilan Mesyuarat Panitia PSK 2/2012

Text Box: 亚依玛旺育华华文小学  Text Box: SJK(C) Yoke Hua, Air Mawang 73100 Johol Negeri  Sembilan, Darul Khusus NO.TEL./FAX: 06-4367096

Tarikh: 20.12.2012

Rujukan :

Tarikh : 28 MAC 2012

Guru-Guru Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan,

Puan Tong Boon Lin

Cik Kong Jia Ying (guru ganti)

Cik Low Kim Ching

Tuan/Puan,

MESYUARAT PANITIA PEND. SIVIK & KEWARGANEGARAAN BIL 2/2012

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dengan hormatnya tuan/puan adalah diwajibkan hadir ke mesyuarat di atas seperti ketetapan yang berikut:

Tarikh : 5 April 2012

Hari : Khamis

Masa : 2.30 petang

Tempat : Perpustakaan Sekolah

Dipengerusikan oleh : Pengerusi Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

3. Agenda Mesyuarat :

3.1 Ucapan Alu-aluan Pengerusi

3.2 Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat.

3.3 Perkara berbangkit

3.4 Pembentangan/Laporan

3.5 Hal-hal lain.

4. Tuan/Puan adalah diingatkan:

4.1 Berpakaian formal dan kemas sewaktu menghadiri mesyuarat.

4.2 Menepati masa mesyuarat yang ditetapkan.

4.3 Menghantar surat tunjuk sebab kepada Guru Besar sekiranya tidak dapat hadir.

Kehadiran tuan/puan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah, Disahkan oleh,

_____________________ _____________________

(Cik LOW KIM CHING) (Puan TONG BOON LIN)

Setiausaha Panitia PSK Pengerusi Panitia PSK

Minit Mesyuarat Panitia PSK 1/2012

SJK(C) YOKE HUA AIR MAWANG

73100 JOHOL, NEGERI SEMBILAN

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

BIL 1/2012

Tarikh : 30 DISEMBER 2011 (JUMAAT)

Masa : 10.00 PAGI

Tempat : PERPUSTAKAAN SEKOLAH

Kehadiran : 1. PUAN TONG BOON LIN

2. PUAN LEE MEI FOONG

2. CIK WONG YUAN HUEY

3. CIK LOW KIM CHING

Tidak Hadir : -

AGENDA MESYUARAT

1. Ucapan Aluan Pengerusi

      1. Pengesahan Minit Mesyurat yang Lalu
      2. Perkara Berbangkit
      3. Pengurusan Panitia
      4. Ujian dan Peperiksaan
      5. Hal-hal Lain

1.0 Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kedatangan ahli jawatankuasa panitia.

1.2 Beliau berharap agar mesyuarat kali ini berjalan dengan lancar agar dapat memantapkan pengurusan dan program-program yang dirancang.

1.3 Banyak perkara perlu dilakukan terutama sistem pemfailan.

Tindakan: Semua Guru Mata Pelajaran Pendidikan SV

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat

2.1 Minit Mesyuarat Kali ke 3, 2011 telah disahkan oleh Puan Lee Mei Foong.

2.2 Pengesahan telah disokong oleh Cik Wong Yuan Huey.

Tindakan : -

3.0 Perkara Berbangkit

3.1 Tiada perkara berbangkit.

Tindakan: -

4.0 Pengurusan panitia

4.1 Agenda 1 – Penulisan Buku Rekod Mengajar

4.1.1 Pengerusi mengingatkan dan menegaskan tentang Akta berkenaan Penulisan Buku Rancangan Mengajar.

Tindakan: Semua guru mata pelajaran Pendidikan SV.

4.2 Agenda 2 - Pengurusan Fail

4.2.1 Pengerusi meminta setiausaha mengemaskini fail.

4.2.2 Guru-guru mata pelajaran SV dikehendaki melengkap butir peribadi diri dan memasukkan maklumat tersebut ke dalam fail.

4.3 Agenda 3 - Projek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

4.3.1 Pengerusi mengingatkan berkenaan projek SV wajib dilaksanakan oleh setiap murid di luar waktu P&P.

4.3.2 Untuk mendapatkan segala keperluan bagi melaksanakan projek,

guru-guru dikehendaki mengisi borang nota minta dan meminta pengesahan dari guru besar sebelum memesan bahan dari pembekal.

4.3.3 Jawatankuasa juga memutuskan pelaksanaan Projek

Pendidikan SV adalah sepanjang tahun dan hasilan mestilah dinilai sebelum Penilaian Akhir Tahun.

Tindakan : Semua guru mata pelajaran Pendidikan SV

5.0 Agenda 5- Ujian dan Peperiksaan

5.1.1 Soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Akhir Tahun akan disediakan oleh Guru Mata Pelajaran.

5.1.2 Ujian akan dibuat sebanyak 2 kali dan disediakan oleh:-

Tahun 4 - Puan Tong Boon Lin

Tahun 5 - Cik Wong Yuan Huey

Tahun 6 - Cik Low Kim Ching

6.0 Hal-Hal Lain

6.1 Tiada.

Tindakan: -

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.00 pagi.

Disediakan oleh,

________________________

(LOW KIM CHING)

Setiausaha Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

SJK(C) YOKE HUA AIR MAWANG

Disahkan oleh,

___________________

(TONG BOON LIN)

Pengerusi Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

SJK(C) YOKE HUA AIR MAWANG