Tuesday, June 12, 2012

Minit Mesyuarat Panitia PSK 1/2012

SJK(C) YOKE HUA AIR MAWANG

73100 JOHOL, NEGERI SEMBILAN

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

BIL 1/2012

Tarikh : 30 DISEMBER 2011 (JUMAAT)

Masa : 10.00 PAGI

Tempat : PERPUSTAKAAN SEKOLAH

Kehadiran : 1. PUAN TONG BOON LIN

2. PUAN LEE MEI FOONG

2. CIK WONG YUAN HUEY

3. CIK LOW KIM CHING

Tidak Hadir : -

AGENDA MESYUARAT

1. Ucapan Aluan Pengerusi

      1. Pengesahan Minit Mesyurat yang Lalu
      2. Perkara Berbangkit
      3. Pengurusan Panitia
      4. Ujian dan Peperiksaan
      5. Hal-hal Lain

1.0 Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kedatangan ahli jawatankuasa panitia.

1.2 Beliau berharap agar mesyuarat kali ini berjalan dengan lancar agar dapat memantapkan pengurusan dan program-program yang dirancang.

1.3 Banyak perkara perlu dilakukan terutama sistem pemfailan.

Tindakan: Semua Guru Mata Pelajaran Pendidikan SV

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat

2.1 Minit Mesyuarat Kali ke 3, 2011 telah disahkan oleh Puan Lee Mei Foong.

2.2 Pengesahan telah disokong oleh Cik Wong Yuan Huey.

Tindakan : -

3.0 Perkara Berbangkit

3.1 Tiada perkara berbangkit.

Tindakan: -

4.0 Pengurusan panitia

4.1 Agenda 1 – Penulisan Buku Rekod Mengajar

4.1.1 Pengerusi mengingatkan dan menegaskan tentang Akta berkenaan Penulisan Buku Rancangan Mengajar.

Tindakan: Semua guru mata pelajaran Pendidikan SV.

4.2 Agenda 2 - Pengurusan Fail

4.2.1 Pengerusi meminta setiausaha mengemaskini fail.

4.2.2 Guru-guru mata pelajaran SV dikehendaki melengkap butir peribadi diri dan memasukkan maklumat tersebut ke dalam fail.

4.3 Agenda 3 - Projek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

4.3.1 Pengerusi mengingatkan berkenaan projek SV wajib dilaksanakan oleh setiap murid di luar waktu P&P.

4.3.2 Untuk mendapatkan segala keperluan bagi melaksanakan projek,

guru-guru dikehendaki mengisi borang nota minta dan meminta pengesahan dari guru besar sebelum memesan bahan dari pembekal.

4.3.3 Jawatankuasa juga memutuskan pelaksanaan Projek

Pendidikan SV adalah sepanjang tahun dan hasilan mestilah dinilai sebelum Penilaian Akhir Tahun.

Tindakan : Semua guru mata pelajaran Pendidikan SV

5.0 Agenda 5- Ujian dan Peperiksaan

5.1.1 Soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Akhir Tahun akan disediakan oleh Guru Mata Pelajaran.

5.1.2 Ujian akan dibuat sebanyak 2 kali dan disediakan oleh:-

Tahun 4 - Puan Tong Boon Lin

Tahun 5 - Cik Wong Yuan Huey

Tahun 6 - Cik Low Kim Ching

6.0 Hal-Hal Lain

6.1 Tiada.

Tindakan: -

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.00 pagi.

Disediakan oleh,

________________________

(LOW KIM CHING)

Setiausaha Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

SJK(C) YOKE HUA AIR MAWANG

Disahkan oleh,

___________________

(TONG BOON LIN)

Pengerusi Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

SJK(C) YOKE HUA AIR MAWANG

No comments:

Post a Comment