Tuesday, June 12, 2012

Minit Mesyuarat Panitia PSK 2/2012

SJK(C) YOKE HUA AIR MAWANG

73100 JOHOL, NEGERI SEMBILAN

MINIT MESYUARAT PANITIA

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN BIL 2/2012

Tarikh : 5 APRIL 2011 (KHAMIS)

Masa : 2.30 PETANG

Tempat : PERPUSTAKAAN SEKOLAH

Kehadiran : 1. CIK LOW KIM CHING

2. CIK KONG JIA YING (guru ganti)

Tidak Hadir : PUAN TONG BOON LIN (hadir mesyuarat lain)

AGENDA MESYUARAT

1. Ucapan Aluan Pengerusi

2. Pengesahan Minit Mesyurat yang Lalu

3. Perkara Berbangkit

4. Pelaksanaan Projek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

5. Hal-hal Lain

1.0 Ucapan Aluan Pengerusi (pengerusi tidak hadir)

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat

2.1 Minit Mesyuarat Kali Pertama 2012 disahkan oleh Cik Kong Jia Ying.

2.2 Pengesahan disokong oleh Cik Low Kim Ching.

3.0 Perkara Berbangkit

3.1 Guru-guru Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan diingatkan untuk melaksanakan projek bagi kelas masing-masing sebelum Ujian Bulan Mei. Peratusan markah adalah seperti berikut:

Ujian Bertulis : 80 markah

Ujian Amali : 20 markah (projek)

Tindakan: semua guru Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

3.2 Penolakan markah akan dikenakan atas kesilapan tulisan / ejaan murid dalam ujian bertulis, iaitu 0.5 markah bagi satu kesilapan.

Tindakan: semua guru Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

4.0 Pelaksanaan Projek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

4.1 Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan akan menjalankan projek “Pengenalan kepada Permainan Tradisional”. Guru Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan guru yang bertugas ko-kurikulum pada hari tersebut akan terlibat dengan projek ini. Permainan tradisional ini akan berjalan dari pukul 1.30p.m. hingga 3.30p.m. pada tarikh yang ditetapkan. Jadual bertugas dan tarikh program akan ditetapkan oleh ketua panitia.

Tindakan: ketua panitia dan guru-guru Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

5.0 Hal-Hal Lain (tiada)

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang.

Disediakan oleh, Disemakkan oleh,

____________________________ ____________________________

(Cik LOW KIM CHING) (Puan TONG BOON LIN)

Ketua Panitia PSK Pengerusi Panitia PSK

SJK(C) YOKE HUA AIR MAWANG SJK(C) YOKE HUA AIR MAWANG

No comments:

Post a Comment